Tuesday, 15 September 2009

Keindahan Syawal

Salam kepada saudara saudari para pembaca setia shahrulazrie.blogspot.com. Malam ini saya akan pulang ke kampung menaiki bas di Hentian Putra pada jam 9.30 malam. Setelah sekian lama saya bersiaran dan ke udara dalam dunia maya blogspot, pagi ini saya mengumumkan untuk mengundurkan diri seketika sehingga selepas hari raya aidilfitri..Mohon maaf sekiranya terdapat keceluparan dlm memberikan pendapat dan pandangan..Wasalam

Monday, 14 September 2009

Hari Raya



shahrulazrie.blogspot.com mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR DAN BATIN

Terima kasih atas kesudian anda semua
melawati laman blog ini.

Sekian Terima Kasih

Saturday, 12 September 2009

Aku+Pentas+Permainan

Aku bersama pentas dan permainan adalah merupakan perkataan yang biasa kita dengar dalam kehidupan..Apabila ianya digabungkan ia akan menjadi kata-kata yang mempunyai makna yang sangat mendalam..Aku merupakan seorang individu yang masih dalam proses mengenal dunia dan masih dalam proses pembelajaran. Pentas pula merupakan satu litupan tempat aku membawa watak. Manakala permainan inilah yang menentukan segalanya di alam ini. Mungkin para pembaca kebingungan dengan pengertian ini tetapi ia sebenarnya mempunyai makna bagi aku sendiri....Hidup ini umpama satu permainan yang dilakonkan oleh manusia. Terdapat pelbagai-bagai watak yang dibawa oleh manusia, ada yang baik, jahat, mengambil kesempatan pada kebaikan orang lain dan sebagainya...Permainan itu adalah penentu segalanya. Sekiranya kita tidak dapat mengenal pasti sesuatu permainan kemungkinan besar kita akan terperangkap dengan permainan yang dicipta orang lain untuk memerangkapkan kita....Sekiranya permainan itu kita dapat membcanya terlebih dahulukita pasti akan dapat mengikut rentak dan tidak terperangkap dengan permainan itu.

Aku merupakan seorang pelajar di Universiti Melaya iaitu sebagai watak utama kehidupan aku sendiri.....Berlatar belakangkan pentas sebagai seorang mahasiswa yang baru belajar mengenal selok belok kehidupan kampus....Bila membicarakan tentang permainan pula,kita tidak akan terlepas daripada pelbagai watak-watak baru yang kita temui. Membawa identiti tertentu dengan cara-cara tersendiri...Sedarkah kita bahawa tidak semua kawan dan teman kita itu sebenarnya kawan sejati kita...Manusia boleh membawa pelbagai watak dengan tujuan tertentu....Kita perlu berhati-hati dengan setiap permainan yang tersedia dihadapan kita kerana sememangnya permainan itu hanya dicipta khas untuk kita...Setiap orang ada kelebihan dan keburukkan tersendiri. Melalui keburukkan dan kelebihan inilah kita perlu belajar mengenal diri sendiri....Dunia ini tidak dicipta hanya satu warna sahaja. Setiap warna yang ada mempunyai kelebihan dan keburukkan tersendiri. Jangan hanya melihat kepada satu jenis warna sahaja kerana mungkin warna yang kita kenal itu bukanlah warna sebaik yang kita jangkakan.

Cubalah kita berfikir dalam konteks yang lebih luas..Apa itu
1. SAHABAT
2. PENGORBANAN
3. KESEMPATAN


Semakin difikirkan semakin kita tidak mengenal tentang sesebuah permainan

Tuesday, 8 September 2009

Sentiasa Bersamaku

MY Gadjet & Accessories



  1. Sony Ericson W760i
  • Play it loud through the stereo speakers on the front. Shake your phone to change track. Identify unknown songs with TrackID™, and use SensMe™ to choose songs by mood.
  • The W760 takes mobile gaming to the next level. Control games with the motion sensor. Or just use the buttons. Play in horizontal or vertical mode.
  • Looking for direction? Let the W760 and the built-in GPS lead the way. Just choose Google™ Maps Mobile or Wayfinder™ Navigator*.





2. Acer Aspire 4520






3. Sony Cyber shot

  • 10.1 Mega Pixels
  • 3x Optical Zoom & 17x Smart Zoom (VGA)
  • Digital SteadyShot
  • High ISO 3200 Sensitivity
  • Face Detection


4. Chrono Plastic Model Legendary Eagle

The next time you see take a flying leap at a wall, run half way up, do a back-filp in mid-air and land on their feet, chances are you've just had an introduction to Free Running an up-and- coming urban sport thatcombines physical exercise with dare-devil acrobatic stunts and sheer bravado, it doesn't take much the way of equipment and the most important compenant is attitude....
Free running is free thinking..A perfect theme for the Swatch Chrono Plastic Collection.


5. Sean John Unforgivable Day Set
Spiked with crisp citrus elements layered on top of a saphisticated blend of herbs and warmth, unforgivable's vide is explosive yet chill, sensual and sexy, much like the man whose name adorns the bottle



p/s:harap dapat memuaskan hati penghantar email

Makluman

Blog ini selepas ini akan menambahkan sedikit pembaharuan dimana kisah-kisah yang akan dipaparkan merupakan kisah yang bleh dikategorikan sebagai PERIBADI atas permintaan sesetengah pengikut setia blog ini....Ini bagi memberikan PEMBAHARUAN dalam kaedah penyampaian blog ini supaya lebih SEGAR & TERKINI......

Monday, 7 September 2009

Sumbangan Ikhlas


Sempena bulan ramadhan yang mulia bakal melabuhkan tirainya...Marilah kita sama-sama menghulurkan sumbangan kepada orang yang kurang bernasib baik.....Amalan ini sangat dituntut pada Ramadan. Hal ini dijelaskan Abu Hurairah: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW. Ya Rasulullah, tolong terangkan kepada saya, sesuatu amal yang apabila saya melakukannya, akan menyebabkan saya masuk syurga. Baginda menerangkan, berilah makan (fakir miskin dan anak yatim), amalkan selalu memberi salam, eratkan silaturahim dengan membantu kaum kerabat dan kerjakan sembahyang tahajud pada waktu malam ketika orang ramai tidur, nescaya engkau akan masuk syurga dengan aman sentosa.” (riwayat Imam Ahmad).


YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM (YAATIM) KELANTAN
(RUMAH PUTERi HARAPAN)
No. 1, Taman Sabariah, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota
Bharu, Kelantan
Tel : 09 - 7735494
Fax: 09 - 7745498



(Sumbangan dan derma amat diperlukan)

Sunday, 6 September 2009

Bahang Syawal

BAHANG Syawal semakin terasa apabila orang ramai membanjiri beberapa kawasan utama di sekitar Kuala Lumpur untuk membeli-belah pelbagai barangan keperluan terutama pakaian dan kuih-muih.

Keadaan semakin teruk apabila warga kota memilih untuk menggunakan kenderaan persendirian untuk tujuan tersebut dan bukannya menggunakan kenderaan awam.

Akibatnya beberapa kawasan utama di ibu negara terutama di Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman serta sekitar Masjid India yang menempatkan begitu banyak pusat beli-belah menjadi terlalu sesak.

p/s Dipetik dari Utusan Malaysia

Friday, 4 September 2009

Now Showing In GSC




Budaya menonton filem di pawagam kini telah banyak berubah dan mengalami evolusi dalam masyarakat Melayu. Pada masa kini, setiap golongan sama ada golongan atasan atau bawahan yang mampu untuk menonton filem di panggung wayang adalah layak untuk pergi menonton. Pada asalnya budaya ini hanya diamalkan oleh golongan bangsawan sahaja tetapi pada hari ini budaya ini telah diamalkan oleh setiap golongan dalam masyarakat Melayu. Secara tidak langsung, budaya yang pada asalnya dikenali sebagai budaya tinggi (high culture) kini telah berubah menjadi budaya yang sangat disukai dan digilai oleh orang-orang Melayu dan menjadi “budaya popular” dalam kehidupan orang Melayu.

KD Abdul Rahman & KD Tun Abdul Razak


Aset terbaru pertahanan negara iaitu kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak adalah bukti kesungguhan kerajaan memastikan kedaulatan negara terus selamat dan terjamin.