Tuesday, 7 July 2009

Seni Bina Rumah Melayu

Seni bina rumah Melayu Tradisional sering dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar. Antara faktor yang mempengaruhi senibina rumah Melayu ialah faktor iklim, agama Islam, sosial dan alam sekitar.


Rumah berserambi ini mempunyai bumbung yang berbentuk panjang dan melintang. Rumah ini pada kebiasaannya mempunyai dua pemeleh yang besar dan tebal di setiap hujung perabung. Rumah ini terdapat dalam beberapa bentuk dengan berbagai nama berdasarkan ruang dan tiang. Rumah bujang atau rumah berpeleh tiang enam diberi nama sekiranya sesebuah rumah itu dibina di atas enam tiang. Jika terdapat dua unit rumah tiang enam yang bercantum dikenali dengan rumah tiang enam berkembar.


Rumah yang berbumbung panjang dan bertebar layar dengan dangau atau teratak atau dikenali juga dengan nama rumah gajah menyusu. Rumah ini diberi nama rumah gajah menyusu adalah disebabkan rumah ini disambung dengan satu unit rumah yang lebih kecil ukurannya.





Rumah bujang barat ini mempunyai rekabentuk bumbung yang hampir sama dengan rumah berpeleh tetapi pemelehnya lebih kecil. Di samping itu, terdapat juga bentuk rumah seakan-akan rumah limas Belanda di mana pemelehnya memcecah ke kaki atap dan sesetengahnya mempunyai buah guntung.



Rumah perabung lima ini mempunyai lima perabung iaitu satu perabung lurus dan empat perabung menurun ke cucuran atap. Ahli-ahli senibina berpendapat bahawa rumah jenis ini mengambil unsur-unsur senibina Belanda.







Rumah potong Belanda ini berasal daripada rumah Limas Bungkus tetapi telah mengalami pengubahsuaian untuk menampakkan imej Melayu iaitu dengan menambah bukaan atap kecil seperti ‘V’ terbalik di sebelah atas supaya ruang pengudaraan dalam rumah itu lebih baik. Tujuannya adalah supaya udara dapat masuk ke dalam rumah dengan baik. Bahagian yang dibuka untuk pengudaraan itu dikenali sebagai tebar layar dan dipasang kayu yang dipanggil buah guntung. Rumah jenis ini biasanya mempunyai pemeleh yang dipasang tidak sampai ke penghujung atau cucuran atap.

No comments: